Tabung amal LA

Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Atasi Perut Boroi



Ramai wanita menggunakan pelbagai produk untuk mendapatkan perut yang kempis..
Namun begitu, keberkesanannya akan bertambah jika anda membersihkan dahulu permukaan perut anda..
Kemudian, tuam perut anda selama lima hingga tujuh minit dengan tuala yang dicelup dengan air panas suam sebelum menyapu krim atau gel pelangsingan...
Keadaan liang roma yang terbuka setelah dituam membolehkan krim atau gel meresap lebih sempurna..


Nota kaki kaknda
Cecuba..

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Ahad, 18 Mac 2012

Tips Saat Nak Bersalin


Tadi Linda jejalan kat Blog BEN ASHAARI terbaca plak entry pasal bini dia nak bersalin...
Tetiba Linda ter'Flash' back (wah dah mcm cerita chuck plak..)
Saat2 bersalin dedolu..
Jiran sebelah Labour room Linda..
Ha sudah... Dah mula la ni nak melalut...
Sebelum tu apa kata tekan kat sini, ssini pulak, yang sini, kat sini pun..
Ok tipsnya adalah:-

Ok ibu2 mengandung,bila dah masuk wad, jangan duk atas katil je...
Wat2 berjalan...
Jalan mundar mandir depan katil pun tak pe...
Excersice supaya jalan cepat bukak.. 
Minum air masak bebanyak...
Sebelum masuk labour room jangan lupa isi perut dolu..
Walaupun tengah sakit.. Sumbat je paling sikit sekeping roti..
Tuk alas perut nak p berjihad..

Dah masuk labour room...
Ready semua..
Bacalah 'la'illa'ha'illa'anta sub'ha'naka'ini kuntu minaz'zolimin
Hayati zikir ni tuk kurangkan sakit..

Tanda2 baby nak kuar, (time kontraksi)
bila ada rasa nak ter erk erk..
Tu tandanya korang kena:-

Posisi korang mestilah dalam kaedaan ( v ) 
(boleh suh nurse naikkan sikit katil tu)
Tangan pegang lutut/ pergelangan kaki..
 Jangan sekali kali angkat punggung time meneran..
Nanti terkoyak banyak..

1) Tarik nafas dalam2 mcm kita tarik nafas time senam..
2) Bila ada rasa nak ter erk erk lagi, time tu korang meneran..
Maksudnya Meneran cam kita paksa erk erk keluar ( agak2 paham tak..)
Pastu bernafas ikut mulut (fuh fuh..)
Ulang lagi step 1 dan 2 sampai baby kuar..
(Insyallah 2 or 3 kali push je baby pun kuar..)


#Nota kaki
Saat terindah...
bila baby atas dada kita...
segala sakit yang kita rasa tadi ilang terus...
yang ada hanya..
kasih sayang..
Assalamualaikum, selamat datang kedunia baru sayangku... ^_^

Emosi sekarang :- Seram sejuk.. ~_~

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Sabtu, 17 Mac 2012

3 Langkah Mudah Untuk Lebih Ramping dan Sihat


1. BELAJAR tentukan bahagian makanan yang betul mengikut keperluan pemakanan.
Bahagian makanan yang betul adalah :-
Daging - 3oz
Keju - 11/2oz
nasi @ pasta - separuh cawan
Roti - 1 keping
Makanan Ringan - 1oz
Bahagian makanan mengikut pembahagiannya.
Satu bahagian untuk 1 hidangan.

2. TAMBAH pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah kalori dan tinggi kandungan serat dan vitamin.
ELAK menambahkan sayur-sayuran berkanji seperti UBI dan JAGUNG.

3. KURANGKAN atau hapuskan minuman berkalori.
 Kurangkan atau terus berhenti minum minuman soda.
Jika minum 
12oz minuman pemanis soda = 159 kalori 
sehari = 55,000 kalori 
setahun = 15 pound kalori..
(Banyaknya... Macam mana la tak gemuk.. hukhuk)
Kurangkan 2 sudu gula dalam kopi/tea = Mengurangkan 100 kalori setiap hari.
Gantikan gula dengan pemanis tanpa kalori.

Kaedah ini tidak akan menyebabkan berat badan turun secara mendadak.
Tetapi boleh dijadikan panduan diet yang sihat.
Korang boleh minum minuman diet untuk membantu diet korang berhasil..
Minuman Diet

#Nota Kaki
Puasa pun boleh kurus gak ^_^



Sumber diperolehi dari Harian Metro

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...