Tabung amal LA

Isnin, 30 Januari 2012

Tutorial Part 5- CARA NAK BID DAN BUAT COVER LETTER/PROPOSAL

Assalamualaikum...

      Kali ni Linda nak ajar bab yang sangat2 penting. Bid dan Proposal. Kat sini Linda ada sediakan beberapa cara tu meng'bid' kerja dari Freelancer dan Elance. Harap ni dapat bantu korang ye..

CARA BID DI FREELANCER.COM




       Linda harap korang paham ye dengan penerangan dan some image ni. Kalau ada yang tak paham bleh tanya Linda.

CARA BID DI ELANCE.COM




       Yang ni pulak untuk Elance.com

      Ok sekarang untuk buat COVER LETTER/PROPOSAL pulak. Apa yang perlu ada dalam Cover letter/proposal korang:
 
  • Memperkenalkan diri dan menunjukkan minat dalam pekerjaan. 
  • Secara ringkasnya nyatakan mengapa korang adalah seorang calon yang baik. Beri tumpuan kepada pengalaman yang paling relevan, kemahiran tertentu. Tulis pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang diminta.
  •  
    Bagitau bila korang free untuk bincangkan pasal kerja dan bila untuk memulakan kerja. Jangan bagi personal contact korang mcm email/ phone num. Itu satu kesalahan -Tunggu majikan panggil tuk interview.
  • Korang boleh attachkan sekali contoh kerja yang berkaitan. Contohnya : Andainya majikan ada doc pdf yang perlu ditukar ke microsoft word tanpa gunakan sebarang sofware, kebetulan korang tau dan ada contoh kerja yang macam tu,korang boleh attachkan untuk majikan tengok. Bagi diaorang confident sikit dengan korang (kiranya macam sokongan gitula.)    

      Ni Linda ada sediakan contoh. Jangan copy paste ye. Ada antara ruangan Cover letter/proposal yang agensi sediakan tak boleh menggunakan copy paste. Jadi korang kenalah rajin sikit tuk menaip. Tak pe latihan tangan..

CONTOH COVER LETTER
     

      Korang boleh create sendiri cover letter yang lebih canggih dan menarik dari ni. Kalo korang tak berapa reti nak tulis bahasa inggeris korang boleh gunakan google translet ni banyak membantu Linda. Nah sekarang apa lagi mula la bid dan cari kerja. Linda harap korang dapat kerja ye. Nanti da dapat gaji jangan lupa belanja Linda makan.. Hehehehehe...

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Ahad, 29 Januari 2012

TENTANG JOB DIRUMAH

Assalamualaikum....

      Kali ni Linda nak tulis pasal JOBDIRUMAH.. Ramai sangat yang tanya Linda betul ke kerja yang ditawarkan oleh Jobdirumah ni. Jawapan untuk soalan tu adalah BETUL. Jobdirumah buat masa ni la yang Linda tau satu-satunya agensi yang menawarkan kerja2 Online di rumah yang diambil dari agensi luar negara.
      Kenapa kena bayar RM50? RM50 tu untuk pendaftaran dan penyelengaraan dorg. Dorg pun ada pekerja gak yang perlu dibayar gaji. Antara kerja dorg yang Linda tau la. Hantar Job Listing tuk semua ahli yang berdaftar, bayar duit komisen untuk agen2 Affiliate. Tu je la yang Linda tau buat masa ni..
      Pada Linda tak rugi pun RM50 tu, disamping korang boleh cari kerja yang korang suka, korang pun boleh jadi salah sorang dari agen Jobdirumah . Korang akan dibayar RM20 untuk setiap orang yang klik kat link korang. Tak susah pun. Kalau korang tak suka nak wat macam tu, korang bid je la kerja2 yang berkaitan dengan kemahiran korang. Korang jangan risau la. Ni bukan macam yang ada kat iklan2 tu kena bayar RM10 ke RM20 ke pastu promoted link url. Kerjanya takde gak. Jangan cakap Linda mulut laser ye. Linda pun pernah terkena gak. Tapi tak pe, Linda halalkan je duit tu.
      Ni antara Job Listing yang dorg email kat Linda, takut korang cakap Linda tipu plak.


   Yang ni plak email komisen. Bukan nak menunjuk. Linda nak hilangkan ragu2 korang tentang Jobdirumah ni (wah boleh dapat komisen lebih ni.. hahahaha.. Gurau je..) Tu tak penting yang penting korang tak rasa tertipu.

       Ha takat ni je la yang Linda boleh bagi tau.. Harap penerangan ni dapat membantu korang ye.. Follow Linda ye untuk entry seterusnya..

I WILL DO MY BEST TO GET THE BEST


thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Sabtu, 28 Januari 2012

Tutorial Part 4- CARI KERJA

Assalamualaikum...

       Kali ni Linda nak ajak korang cari kerja pulak.. Kerja yang sesuai dengan Profil korang..
     Pergi ke laman carian kerja (agensi yang korang dah daftar) dan cari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran korang. Sebagai contoh, jika korang seorang admin, korang mungkin boleh cari "Excel" atau "Data Entry." Apabila korang tengok pekerjaan yang berbeza, tanya diri korang:
  •     Adakah kemahiran saya benar-benar sepadan dengan / melebihi apa yang majikan inginkan?
  •     Adakah saya mempunyai masa untuk melakukan kerja ini?
  •     Adakah profil saya mewakili saya secukupnya?
  •     Adakah saya mengambil ujian yang berkaitan dan adakah portfolio saya membantu majikan ini?
  •     Adakah bayaran ini cukup untuk saya?

      Hanya memohon pekerjaan itu jika korang benar-benar yakin bahawa korang boleh menjawab "ya" kepada semua kriteria di atas.
       Sebaik sahaja
korang telah menemui pekerjaan yang sesuai dengan bakat dan kelayakan korang, ambil sikit masa untuk menilai majikan.

  •     Lihatlah sejarah kerja dan maklum balas.
  •     Adakah korang boleh bekerja dengan baik dengan majikan ni?

       Kita tak boleh nak tentukan sapa majikan kita dan bila kita akan bekerja, tapi dengan Profil yang baik dan pemilihan kerja yang betul insyallah, korang akan dapat juga kerja. Jangan berputus asa dalam mencari kerja. Harap entry ni sikit sebanyak dapat mambantu korang dalam mencari kerja. Linda doakan semoga korang dapat kerja dan buat yang terbaik..Insyallah.. Selamat mencari kerja.. Follow Linda untuk entry seterusnya.. 'Cover Letter'. Part yang penting untuk melamar kerja.. :)
thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Tutorial Part 3- MEMBINA PROFIL

 Assalamualaikum...

    Hari ini, Linda akan bagi tau serba sedikit macam mana nak buat profil. Kegunaan Profil ni, sebenarnya untuk mengenalkan diri dan kemahiran kita kepada majikan yang akan mengambil kita kerja. Lebih kurang macam resume gitu la.
   



      Photo: 

     Masukkan gambar korang. Majikan nak tau yang mereka bekerja dengan siapa. Gambar profesional dan mesra dapat membantu dalam mewujudkan hubungan baik dengan majikan pada masa depan.

      Kemahiran:  
    Korang kena senaraikan kemahiran dan keupayaan korang. Sebagai contoh, Web designer akan senaraikan kemahiran yang dia mahir, dan penulis akan menggunakan ruang ini untuk menyenaraikan jenis penulisan dan penyuntingan yang telah dilakukan.
  
                 Sejarah Pekerjaan:  
    Senarai kerja yang lalu, projek dan latihan. Secara ringkas senarai tanggungjawab sebelumnya dan pencapaian korang. Jika korang pernah bekerja untuk syarikat-syarikat yang terkenal, pastikan yang korang masukkan sekali.(kira bonus la tu)
 
                Portfolio: 

     Mulakan dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima sampel kerja lampau yang-terbaik menunjukkan kualiti dan pelbagai keupayaan korang. (Kalau ada)
     

                Keterangan korang:  
    Ini adalah ringkasan yang singkat, positif, kreatif kemahiran dan aspirasi korang. Contoh:

   Penulis pemasaran
Saya seorang penulis pemasaran profesional dengan satu dekad pengalaman bekerja dengan jabatan pemasaran dalaman di startups teknologi. Saya bekerja dengan pantas dan cekap, dengan penonton sasaran anda dan keperluan SEO. Kepuasan pelanggan dan kualiti kerja adalah keutamaan saya. Lihat portfolio saya bagi contoh salinan laman web, siaran akhbar, risalah, post blog, kempen pemasaran sosial dan banyak lagi.





    Inilah yang korang kena buat sebelum bid kerja. Profil ni pun sebenarnya memainkan peranan penting dalam pencarian kerja. Bahagian Profil yang disediakan oleh tiap agensi adalah berbeza. Korang isi lah ikut apa yang korang ada berpandukan apa yang Linda tulis kat atas tu.. Profil yang baik, akan membuka peluang yang lebih cerah tuk korang dapatkan kerja. Majikan pastinya akan pilih pekerja yang terbaik untuk menyelesaikan tugasan dorang. Harap entry Linda kali ni berguna tuk korang. Jangan lupa Follow Linda untuk terus baca entry seterusnya..




thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Ahad, 22 Januari 2012

Tutorial Part 2- BAYARAN UPAH

Assalamualaikum...

BAB FAVOURITE SEMUA.. TERIMA UPAH/ BAYARAN GAJI.

TERIMA BAYARAN UPAH.
  
    Ok kali ni Linda nak cerita pasal upah. Belum pernah lagi Linda jumpa orang yang bekerja tak nak upah/ gaji. Even anak Linda yang kecik pun tau minta upah bila diminta tolong. Kecuali orang yang buat kerja sukarela.
    Ni la bab yang paling orang suka. Terima upah/ gaji. Upah/ gaji ni biasanya diterima selepas kita sudahkan kerja yang diberi. Maksudnya, bila kita dah siapkan tugasan yang diberi, barulah kita di bayar gaji. Sama macam kerja kat luar gak.
    Walaupun ada agensi yang menawarkan wang pendahuluan sebelum memulakan kerja, tapi tak berapa digalakkan kerana kita baru bermula, andainya dah 2 3 job kita dapat tu boleh la. Tapi kalo kat freelancer.com kita sangat2 digalakkan untuk request 'milestone' sebabnya untuk langkah keselamatan. Seandainya kita dah buat kerja separuh siap tetiba employer ni prob pulak. Sekurang kurangnya ada back up. Nak tau apa milestone tu korang kena la daftar dulu. Baru korang tau apa yang Linda maksudkan.
    Nak terima bayaran nia ada banyak cara antaranya yang paling senang sekarang ni adalah menggunakan paypal. Linda pun sangat2 meng'suggess'kan korang untuk buka akaun paypal. Selain paypal, bayaran upah juga boleh dibayar melalui cek & western union (freelancer.com sahaja.).


AKAUN paypal.

    Akaun paypal ni berfungsi untuk mengirimkan wang seperti cek dan kiriman wang dari luar negara.
    Sekarang ni kebanyakkan bank di Malaysia dah pun mengiktiraf paypal. Dengan menggunakan paypal kita boleh menerima wang dan membeli barangan di internet.
    Bila pembayaran upah kita dibuat ke akaun paypal, kita boleh pindah wang ke akaun kita dengan segera. Prosesnya dalam masa 2-3 hari bekerja. Pendaftaran untuk akaun paypal adalah percuma. 
    Yuran pengeluaran ke akaun bank pula:
Kurang dari RM400: RM3.00
Lebih dari RM400.00: Percuma

Untuk buka akaun paypal  (klik sini)

p/s Dinasihatkan untuk membuka akaun premier supaya boleh terima bayaran.

Cek Luar Negara

    Seandainya korang memilih untuk dibayar dengan cek, proses ni biasanya ambil masa sampai 14 hari bekerja sebelum cek sampai ke tangan kita.
    Lepas tu tempoh masa yang diperlukan untuk cek di 'clearkan' dan masuk dalam akaun kita lebih kurang dalam 30 hari.
    Yuran tunaikan cek:
Yuran Agen:$10.00
Yuran Bank: RM25.00

    Contoh kita dibayar $150, sebanyak $10 akan di tolak untuk yuran agen. Baki tinggal $140, kemudian ditukar dengan mata wang kita ditolak pula RM25 untuk yuran Bank.
    Kita buat kira-kira sikit ye. Tadi baki kita $140x3.00(tukaran wang)=RM420 RM25=RM395.00.
   Baki yang tinggal adalah RM395.00. Jumlah keseluruhan yang ditolak untuk yuran tunaikan cek luar negara adalah RM55.00. (Rugi sikit la ;)..)


Harap2 apa yang Linda kongsikan sikit sebanyak dapat la membantu ye.. Jangan lupa tuk comment dan follow linda tuk baca entry yang seterusnya ;)



thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Jumaat, 20 Januari 2012

Tutorial Part 1- SEBELUM MEMULAKAN KERJA

SEDIKIT SEBANYAK YANG KITA PERLU TAU SEBELUM MEMULAKAN KERJA.


Mendaftar dan Menulis Profil:


   Perkara yang paling penting sekali adalah menulis profil. Profil yang baik boleh menarik minat majikan bila kita membuat permohonan kelak.
    Lebih kurang macam kita sediakan resume, profil kita mestilah ditulis dengan baik dan lengkap dengan semua maklumat yang berkaitan dengan diri kita.
   Profil yang lengkap akan membuatkan peluang kita lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan berbamding calon lain.
   Setiap agensi mempunyai simpanan profil yang berlainan. Apa yang perlu kita buat cuma ikut arahan yang disediakan dan isi mana yang perlu.

Mengambil Ujian:

   Linda suka menyarankan supaya korang ambil ujian yang agensi sediakan. Ujian itu bertujuan untuk menambahkan lagi kemahiran/skill yang korang ada. Dan lebih meyakinkan majikan yang akan mengaji kita nanti.
   Ujian yang diberi bertujuan untuk memastikan kita layak utuk membuat permohonan pada projek tertentu. Cthnya Web designer kita perlu ambil ujian Computer graphic, jika kita lulus dengan markah tinggi majikan akan lebih confident untuk mengaji kita.
   Ambil ujian dengan apa yang kita mahir sahaja.

Mem'bid' Projek:

   Memohon projek dengan cara mem'bid' kerana kita perlu menyediakan proposal/cover letter (cadangan) untuk menyakinkan majikan supaya mengambil dan mengaji kita mengikut budget mereka. Setiap agensi memerlukan kita mem'bid' projek yang diposting. Maksud 'bid' tu bukan macam kita bid barang kat lelong/ebay.  
   Bid yang dimaksukan dalam bidang freelance ni adalah kita minta jumlah upah atau nilai bagi projek yang ditawarkan. Sama juga macam kita pergi cari kerja, dalam borang permohonan kerja tu mesti ada tulis berapa gaji yang kita nak. Lebih kurang macam tu la.
   Setiap projek yang disenaraikan pasti mempunyai ramai pesaing. Jadi kita perlu sediakan proposal yang baik dan harga yang berdaya saing. Tak terlalu rendah dan tak terlalu tinggi mengikut budget majikan dan berikan jaminan, kita akan buat yang terbaik berbanding calon lain.
   Contoh; Majikan mempunyai budget $200, harga bidaan kita adalah $170-$190. Walaupun ada majikan yang budgetnya rendah, tetapi mereka tetap akan pilih pekerja yang berkualiti untuk menyiapkan projek mereka dalam masa yang ditetapkan.
   Kemenangan dalam bidaan projek bukan kerana bidaan murah tetapi kerana jaminan kerja yang berkualiti. Jika majikan yakin dengan proposal, peluang untuk mendapat kerja adalah tinggi. 

Jangan Berjanji:

  Jangan sekali kali membuat janji jika tak boleh ditunaikan. Contohnya seperti tempoh masa projek. 
Majikan berikan tempoh selama sebulan untuk siapkan projek, tapi kita janji untuk siapkan dalam masa 2 minggu melainkan kita yakin benar yang kita boleh siapkan projek tu dalam masa yang diberi. Jangan berjanji untuk siapkan projek, tapi tak siapkan. Pilih/bid kerja yang kita rasa sesuai dengan kemampuan kita saja. Kalau rasa tak mampu dan nampak macam berat je. Tak payah bid. Cari yang lain.

Bid dan Selesaikan:

   Bid dan selesaikan kerja yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan akan meberikan peluang yang cerah untuk kita
   -Bekerja semula dengan majikan yang sama dalam projek yang lain.
   -Bekerja dengan majikan yang lain.
   Setiap projek yang kita selesaikan akan mendapat merit/penilaian tentang kerja kita. Jika prestasi kita baik, peluang kita untuk mendapatkan kerja sangat cerah.

Mula Dari Bawah:

   Untuk memulakan reputasi dan merit yang tinggi, kita mula dengan projek yang mempunyai budget yang rendah. Kita mula dengan budget yang rendah dan kerja yang agak mudah. 'Warm up' dulu. Walaupun mungkin kita tak dibayar dengan upah yang tinggi tapi penilaian/merit kita semakin bertambah dan pastinya membuka peluang untuk kita membida projek yang lebih besar dengan bayaran yang tinggi.

Ok..Sampai sini dulu ye.. Dah tak larat nak nulis ni... Nanti kita sambung ke Tutorial Part 2 pulak..
Selamat membida..

"I WILL DO MY BEST TO GET THE BEST."


thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Rabu, 18 Januari 2012

Bekerja sebagai Freelancer

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Malaysia,

  Hari ni Linda nak bercakap pasal kerja yang Linda buat iaitu bekerja sebagai Freelance.. Freelance ni bahasa kasarnya 'kerja bebas'. Kalo salah jangan marah ye.. Caranya Kita cari job, buat job yang kita dapat, job selesai kita dapat bayaran. Lebih kurang gitu la putarannya.. Dan tu la yang Linda buat.. Sebelum dengar Linda membebel apa kata tekan kat sini, ssini pulak, yang sini, kat sini pun..
   
  Ok.. Kita teruskan..Freelance ni ada macam2 kerja, antaranya Web designer, SEO, Typewriter, Administration, Data Entry dan banyak lagi nak explain pun tak abis. Sebelum tu korang kena la daftar dulu ngan Jobs dirumah.. Serba sedikit tentang Job dirumah.Kat sini Linda senaraikan beberapa laman web yang menawarkan kerja sebagai freelance. Takde charge untuk tiap pendaftaran. Register nama kat semua laman web ni. Jadi korang boleh pilih kerja apa yang korang nak dan pilihlah ikut kemahiran dan kepandaian korang.

-vWorker
-Scriptlance
-Elance
-Freelancer
-oDesk


vWorker:
Berbeza dengan agensi lain kerana mempunyai perlindungan tambahan. Majikan dijamin akan menerima semula wang mereka sekiranya tidak dapat apa yang dijanjikan. Pekerja dijamin mendapat bayaran setelah menyelesaikan kerja yang dijanjikan.

pendaftaran: percuma
klik kat banner


Scriptlance: 
Sebuah agensi pekerjaan bebas yang menggunakan system reverse auction yang membantu majikan mencari pekerja bebas bagi projek mereka. Pekerja bebas boleh membida kerja dan kemudian bekerjasama dengan mereka.

pendaftaran: percuma
klik kat banner

Elance:
Salah satu agensi yang tertua dalam bidang ni di Internet dan mempunyai sejumlah besar projek yang aktif.

pendaftaran: percuma
klik kat banner (ELANCE)
Cara nak daftar boleh tengok kat sini
http://www.youtube.com/watch?v=EGb34d0KXOk&feature=player_embedded

Freelancer:
Sebelum ini dikenali dengan nama Getafreelancer.com dan salah satu agensi pekerjaan yang tertua di internet. Dilaman ini anda boleh membuat permohonan yang berdaya saing untuk pertimbangan majikan.

pendaftaran: percuma
klikkat banner
cara nak daftar boleh tengok kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=V7KbtRjt7RY&feature=player_embedded

oDesk:
Diambil dari perkataan NO DESK yang merujuk kepada prinsip pengasas oDesk untuk membolehkan pekerja bekerja dimana sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

pendaftaran: percuma
klik kat banner
cara nak daftar boleh tengok kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=PYjzIT8ovQo&feature=player_embedded


Selamat mendaftar. Nanti Linda akan cakap serba sedikit apa yang perlu dibuat selepas mendaftar. ;)

'I WILL DO Y BEST TO GET THE BEST.'


thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Selasa, 17 Januari 2012

Kerja oh kerja...

 Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

  Apa kabar semua? Linda harap kawan2 yang bekerja  kat luar sana tu sihat,ceria dan bersemangat untuk berkerja untuk dapatkan rezeki yang halal.. Macam janggal pula bercakap versi "FORMAL" ni.. DAh terasa cam Yb Yb plak.. Boleh tak Linda guna bahasa santai je.. Boleh tak??... Boleh kot..Supaya korang baca entry Linda pun relax je, jadi Linda pun takde la stress sangat  nak menulis.. Kalo ada yang tersasul sasul tu maaf je la ye... Linda ni bukan expert sangat, almaklum la kerja pun biasa2 je.. Bukannya cam otai2 blogger yang meletup letup entry dorang.. Tabik spring arr... :) 

    Dah melalut lalut plak Linda ni.. Entry Linda kali ni Kerja oh kerja... Tu ari p umah kakak nak sambut hari jadi mak.. Adik buka mulut, " kak aku tak jadi la nak p bercuti, bajet lari.. Nak kumpul duit sambung belajar.. Gaji sekarang tak cukup, lain la kalo ada duit tepi."Kekadang bila dengar luahan hati yang mcm ni rasa kesian pun ada, nak bagi duit belum kaya lagi mcm David teo.. Ramai lagi yang serupa macam ni kat  luar sana.. Keinginan nak membantu semakin tinggi.. Apatah lagi bila suami pun buka mulut, "yang,awak duk rumah tu bantu2 la aba yang.. Cari2 la duit poket.. Bukan tuk orang lain tuk awak gak." Bila suami cakap macam tu, akal fikiran Linda cepat je mengatakan yang suami dah mula terasa kepayahan bekerja sorg.. 

   Bukan sebelum ni Linda tak de kerja sampingan ,ada cumanya kerja tu perlukan masa yang banyak di luar rumah.. Jenis Linda pulak, lebih suka duk kat umah mengadap pc sama layan anak2.. Lagipun nak bergerak bawa anak yang 2thn ngan 3 bulan tu agak membataskan pergerakan..So Linda pun berikhtiar mencari jalan penyelesaian yang bak kata omputeh 'another solution'. Ha begitu ler..

   Hari2 linda search yang paling glamer kat google search "PART TIME JOB DIRUMAH". Banyak yang kuar, antaranya 'klik dapat rm1000', hebat dgn sekali klik je dapat rm1k. giler tu.. 'Hanya dengan Rm20 tak payah kerja duit masyuk hari2". Mana ada orang tak keje dapat duit?? Nak duit kena usaha even MLM pun kena jual barang.. Typist dirumah diperlukan.. Tipu.. Buat benda yang sama.. Copy paste cari org untuk dapatkan beberapa Rm.. 'Data entry Pengiklanan diperlukan' ini pun tipu.. Linda teruskan juga mencari, alhamdullilah akhirnya Linda ditemukan dengan 1 laman web tawarkan kerja data entry tapi kena bayar sikit tuk pendaftaran. Tak sampai Rm stu rat pun.. Tapi kat sini Linda nak kongsi tanpa kenakan apa2 bayaran.. Niat hanya nak membantu dan berkongsi.. Apa kerja tu.. Ikuti entry Linda yang seterusnya ye... Assalamualaikum.... :)


'I WILL DO MY BEST TO GET THE BEST"














thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...