Tabung amal LA

Isnin, 9 September 2013

AL Fatihah untuk Arwahyarhamah Cik Rosiah Binti Abdul Rahman


Saya nak minta jasa baik semua yang membaca blog saya ni untuk sedekahkan AL FATIHAH untuk


ARWAHYARHAMAH ROSIAH BINTI ABDUL RAHMAN
yang telah kembali ke rahmatullah pada
07 09 2103 petang (jam saya tak ingat kul berapa tak tengok jam time tu..)
Semoga aamal ibadat, jasa baik sedekah dan apa jua kebaikan yag arwah telah lakukan sewaktu hanyatnya diterima Allah.. Amin...
AL FATIHAH..


Terus terang saya cakap saya ralat sebab jumpa dia lambat, walaupun time dia sakit saya ada kat sebelah dia tapi....
Andai la saya jumpa dia lebih awal sebelum semalam..
Saya ingatkan dia dah sihat sebab ada ura ura yang dia dah boleh keluar hospital lagi 2 ke 3 hari disebabkan demam lepas balik buat tapak cuci darah di kl tu ari, dia kena tahan wad lagi..
Semalam time siap2 nak p tengok dia pg tu, cik ida dapat call cakap cik yus tak sedar...
Kelam kelibut saya bersiap terus pecut p hospital..
Alhamdullilah sampai hospital nampak cik yus tengah duk diperiksa oleh beberapa dr da staff nurse..
Dia dah sedar.. Alhamdullillah berkat solat hajat mak gaknya...
Memang niat saya nak jumpa dia pasal nak tau apa penyakit dia sebenarnya senang saya carikan ubat..
Dr cakap Jantung dia Lemah, buah pinggang tak berfungsi, pendarahan dalam perut dan ada jangkitan kuman ditambah lagi dengan keadaan cik yus yang demam time tu...

Saya terus call lin lin tanya ubat apa yang sesuai saya bagi untuk cik yus.. 
Lin lin suh saya bagi 
Livextra (dibancuh 1pkt 1/2 cawan air)-minum time perut kosong
Air R.O + AO II (AO II dititis 15 titis dalam 500ml air R.O
Dr Xenji (1 hari 3x ) tak kisah lepas makan @ time perut kosong..
Dah dapat list terus saya berdesut ajak cik piee p stokis pelangi...
Sampai terus kasi cik yus air R.O (yang dah + AOII ) dalam suku cawan..
Pastu bagi bancuhan Livextra dalam 3-4 sudu...
Untuk keluarkan darah dari dalam perut cik yus diorang pasang tiub pada hidung dia..
Tau tak apa yang jadi darah yang keluar dari tiub tu berkeping keping.. Laju je darah tu keluar..
Hitam sangat..
Dr Xeniji dia dapat makan 1 sudu je..
 Kesian cik yus..

Saya tak pernah jaga org sakit kat hospital ini la 1st time, biasanya yang cik yus cik enje bergilir ngan cik piee..Bila tengok keadaan dia dan pesanan dia saya tak sanggup nak memana.. Sepanjang hari saya duk sebelah dia sampai la kehujungnya...
Susah saya nak terangkan.. Hanya ALLAH yang tau..
Sampai sekarang saya terbayang bayang saat saat tu...
Benarlah Nabi kita cakap Saat nyawa di cabut tu la saat yang paling sakit sekali...
Saya tersadar dan insaf akan kesilapan dan kekurangan saya..
Banyak yang perlu saya baiki untuk dapat tempat dan pengakhiran yang baik..

Kesilapan saya jenguk dia time dia da sakit teruk..
Seandainya ada antara sedara mara atau sesiapa jua ahli keluarga anda yang sakit..
Carilah penawar dan  supplement yang baik untuk mereka...
Jangan tunggu dah parah..
Anda akan ralat macam saya..

Semoga ini boleh dijadikan pengajaran tuk semua...

Salam sayang dalam kesedihan,
norlinda WA


~Noted~
Setiap dose pengambilan sumplement bergantung
 pada tahap kesihatan pengguna

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam.. hye semua...

Jangan lupa komen sepatah 2 kata disini ye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...