Tabung amal LA

Khamis, 9 Februari 2012

Macam Mana Nak Register paypal

Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat.
Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal
* Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
* Privasi
– PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
* Global
– PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
* Mudah
– Menghantar wang / 
Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
* Dipercayai
– Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
* Keberkesanan
– Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

CARA DAFTAR PAYPAL
Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat.
Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.
1. Buka link www.paypal.com dan klik sign up.



paypal1 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started‘ kat bahagian ‘premier‘.

paypal2 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul yer.



paypal3 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah.
5. Apa yang perlu anda buat, hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah.
Lepas tu jangan segan silu untuk kik ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration‘ di bahagian yang den bulatkan tu yer.

paypal5 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

6. Isi la apa-apa yang patut kat kat form bawah ni. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la di isi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM,
expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat ‘what’s this?‘. Settle semua, klik continue.

paypal6 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

7. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain.
Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.
8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.
9. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card‘ dan masukkan 4 angka rahsia.
Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.
10. kena log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking‘ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account‘. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.






paypal8 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank

11. Sila la klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX’.
Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.
Apa2 pun, sentiasa check email anda yer… Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak…

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

3 ulasan:

  1. yang step 5 tu tak keluar la 'maybankard secure online registration..
    Asal ek?
    Kalo tak setel lagi paypal ni, dah blh start keje online ke?

    BTW, terima kasih banyak sebab bagi info....
    banyak membantu....

    BalasPadam
  2. Salam Ohno!!! ,

    Linda tak pasti pula napa. Mungkin awak boleh cuba call Maybank Group Customer Care at 1300 88 6688 or 603 7844 3696. Tanya diaorang macam mana nak dapatkan maybank secure online registration untuk aktifkan paypal.

    Boleh mula cari kerja.Nanti bila paypal dah register boleh update verify payment. Takde masalah.

    Sama2. Saya cuma share apa yang saya tau. :)

    BalasPadam
  3. Salam Pn Linda,

    saya tiada akaun maybank. hanya ada cimb bank je, saving card biasa, so xboleh la eh nak guna for paypal registration?
    klu kat freelance.com n elance tu kita pilih option dibaya dgn cek..mcmana cek tuh bleh smpi ke tgn kita? takut kena tipu..huhuh..tp mcm leceh juga ye klu pilih option cek tu..dgn diorg nak kena bayo milestone..etc etc..ape pendapat puan linda..

    maaf la byk tanya. sy ni memang terdesak nak cari kerja part time..n baru meneroka ke alam2 online ni hehehe

    Terima kasih atas maklumat yg dikongsikan..very helpful, moga Allah murahkan rezki puan , ameen

    BalasPadam

Salam.. hye semua...

Jangan lupa komen sepatah 2 kata disini ye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...