Tabung amal LA

Rabu, 18 Januari 2012

Bekerja sebagai Freelancer

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Malaysia,

  Hari ni Linda nak bercakap pasal kerja yang Linda buat iaitu bekerja sebagai Freelance.. Freelance ni bahasa kasarnya 'kerja bebas'. Kalo salah jangan marah ye.. Caranya Kita cari job, buat job yang kita dapat, job selesai kita dapat bayaran. Lebih kurang gitu la putarannya.. Dan tu la yang Linda buat.. Sebelum dengar Linda membebel apa kata tekan kat sini, ssini pulak, yang sini, kat sini pun..
   
  Ok.. Kita teruskan..Freelance ni ada macam2 kerja, antaranya Web designer, SEO, Typewriter, Administration, Data Entry dan banyak lagi nak explain pun tak abis. Sebelum tu korang kena la daftar dulu ngan Jobs dirumah.. Serba sedikit tentang Job dirumah.Kat sini Linda senaraikan beberapa laman web yang menawarkan kerja sebagai freelance. Takde charge untuk tiap pendaftaran. Register nama kat semua laman web ni. Jadi korang boleh pilih kerja apa yang korang nak dan pilihlah ikut kemahiran dan kepandaian korang.

-vWorker
-Scriptlance
-Elance
-Freelancer
-oDesk


vWorker:
Berbeza dengan agensi lain kerana mempunyai perlindungan tambahan. Majikan dijamin akan menerima semula wang mereka sekiranya tidak dapat apa yang dijanjikan. Pekerja dijamin mendapat bayaran setelah menyelesaikan kerja yang dijanjikan.

pendaftaran: percuma
klik kat banner


Scriptlance: 
Sebuah agensi pekerjaan bebas yang menggunakan system reverse auction yang membantu majikan mencari pekerja bebas bagi projek mereka. Pekerja bebas boleh membida kerja dan kemudian bekerjasama dengan mereka.

pendaftaran: percuma
klik kat banner

Elance:
Salah satu agensi yang tertua dalam bidang ni di Internet dan mempunyai sejumlah besar projek yang aktif.

pendaftaran: percuma
klik kat banner (ELANCE)
Cara nak daftar boleh tengok kat sini
http://www.youtube.com/watch?v=EGb34d0KXOk&feature=player_embedded

Freelancer:
Sebelum ini dikenali dengan nama Getafreelancer.com dan salah satu agensi pekerjaan yang tertua di internet. Dilaman ini anda boleh membuat permohonan yang berdaya saing untuk pertimbangan majikan.

pendaftaran: percuma
klikkat banner
cara nak daftar boleh tengok kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=V7KbtRjt7RY&feature=player_embedded

oDesk:
Diambil dari perkataan NO DESK yang merujuk kepada prinsip pengasas oDesk untuk membolehkan pekerja bekerja dimana sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

pendaftaran: percuma
klik kat banner
cara nak daftar boleh tengok kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=PYjzIT8ovQo&feature=player_embedded


Selamat mendaftar. Nanti Linda akan cakap serba sedikit apa yang perlu dibuat selepas mendaftar. ;)

'I WILL DO Y BEST TO GET THE BEST.'


thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

8 ulasan:

  1. kak linda, cmne plak ngan http://www.jobdirumah.com/..blh p'caye ke?

    BalasPadam
  2. Job dirumah.. Boleh, tapi dikenakan sikit charge la.. dalam RM50 tuk penyelengaran diaorang. Kalo tak nak bayar adik klik je kat banner (side bar), Bahagian agensi yang menawarkan kerja data entry tu. Register percuma.

    BalasPadam
  3. kak farah, sy stdnt ipta.sy berminat nak buat kerja di rumah. mcm typing or so what ever. kalau bole yg no fee and kerja tak berat, xganggu sgt study. and kerja yg payment byr terus ke akaun, bukan paypal. email dkt sy syzalina@yahoo.com

    BalasPadam
  4. kak kalu dia mintak cover letter tu nak wat mcm mne?
    email sy..cikintomey@gmail.com

    BalasPadam
  5. Nurul(angah), boleh tengok kat tutorial part 5 ye.. kat situ Linda da bagi tau camne nak buat

    BalasPadam
  6. Macam nak try.. tapi masih takut2 lagi...
    Sebab dah banyak kali kena tipu...
    hehehe...
    Memang tgh mencari keje yang time fleksibel
    Dalam banyak2 yang mana sesuai untuk beginner?

    Btw...follow sini :D

    BalasPadam
  7. Penerangan dan kerja ni yang dia akan bagi dalam bahasa melayu atau inggeris linda?

    TQVM

    BalasPadam
  8. Maaf ahmad lambat reply, bz sikit.. Bahasa perantaraan semua dalam bahasa inggeris..

    BalasPadam

Salam.. hye semua...

Jangan lupa komen sepatah 2 kata disini ye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...