Tabung amal LA

Sabtu, 17 Mac 2012

Ayam Goreng ala KFC

Sumber dikutip dari myresepi.

      Oleh kerana Linda dah mula rasa geli dan mual nak makan  KFC yang kotor dan menjijikkan tu.. Linda pun terus mencari resepi Ayam goreng yang sama mcm kat KFC.. Yang penting lebih terjamin KEBERSIHAN dan bahan2 yang digunakan tak bercampur dengan perisa TAPAK KASUT.. Rajin2kan la diri kita ye... :)


AYAM GORENG ALA KFC SPICY


Bahan-bahan ( satu family pon bleh )

  • 1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk lada putih 
  • 2 sudu serbuk lada cili
  • 1 kotak tepung goreng kentucky
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan, serbuk lada cili dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
  3. Perapkan lebih kurang 30 minit.
  4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.
  6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba!

thanks sudi baca entry kaknda, jangan lupa komen ye ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam.. hye semua...

Jangan lupa komen sepatah 2 kata disini ye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...